Petua Melebatkan Rambut Secara Tradisional | Ramai yang risau dan gusar sekiranya rambut mereka gugur. Masalah keguguran ini akan dapat dilihat dan dirasai ketika basuh rambut selepas mandi atau pun ketika menyikat rambut.
Bagaimanakah cara untuk melebatkan rambut secara tradisional? Yang penting, cara tersebut sesuai untuk kesihatan dan juga menjimatkan kewangan anda. Walaupun sekarang terdapat banyak produk dan lambakan produk yang dijual di pasaran untuk melebatkan rambut.
Petua Melebatkan Rambut Secara Tradisional
A. Pati Santan � Anda boleh mendapatkan pati santan dari sebiji kelapa. Pati santan merupakan salah satu cara tradisional yang boleh digunakan untuk melebatkan rambut. Sama ada boleh dipraktikkan untuk bayi atau pun orang dewasa. Cara untuk mendapatkan pati santan tersebut sangat mudah.
Cara untuk mendapatkan pati santan :
1. Ambil kelapa parut dari kelapa tua. Parut kelapa.
2. Masukkan sedikit air suam ke dalam parut kelapa. Ramas kelapa parut tersebut.
3. Perah pati santan dari kelapa parut untuk mendapatkan patinya. Buang hampas kelapa parut.
4. Setelah anda mendapat pati tersebut, basahkan rambut anda terlebih dahulu. Selepas itu, lumurkan pati santan tersebut ke keseluruhan kulit kepala dan rambut anda sehingga ke akar umbi rambut anda.
5. Lagi digalakkan dan disaran untuk anda membungkus rambut anda dengan menggunakan tuala kering. Biarkan lebih kurang dalam 30 minit. Kemudian anda boleh membilas rambut anda dengan menggunakan air suam.

B. Daun rambutan � Sekiranya di sekeliling rumah anda ada pokok rambutan, anda boleh menggunakan daun rambutan tersebut untuk melebatkan rambut. Daun rambutan turut mempunyai khasiat untuk melebatkan rambut. Cara untuk menggunakan daun rambutan ini pula ialah:
1. Petik beberapa helai dain rambutan.
2. Masukkan daun rambutan ke dalam bekas yang berisi air. Kemudian ramas-ramaskan daun rambutan tersebut.
3. Gunakan daun ramasan tersebut dan lulurkan di atas kulit kepada dan rambut anda.
4. Biarkan dalam lebih kurang 15 minit hingga 30 minit. Bilas sehingga bersih.
5. Anda boleh amalkan 2 kali untuk seminggu.

C. Lidah buaya � Selain menggunakan pati santan dan daun rambutan, anda boleh menggunakan lidah buaya.
Cara menggunakan lidah buaya untuk melebatkan rambut:
1. Ambil beberapa helai lidah buaya dan potongkan lidah buaya tersebut kepada dua bahagian.
2. Selepas itu, anda perah lidah buaya tersebut untuk mendapatkan gelnya.
3. Sapu rata gel tersebut pada kulit kepala dan rambut anda. Biarkan selama 30 minit.
4. Bilas sehingga bersih.
5. Anda boleh amalkan 2 kali untuk seminggu untuk menggalakkan penumbuhan rambut anda.

D. Daun inai � Ramai yang tahu, daun inai memang mempunyai kegunaannya selain digunakan oleh pengantin ketika majlis perkahwinan. Anda hanya memerlukan beberapa helai sahaja untuk melebatkan rambut anda.
Bagaimana untuk melebatkan rambut anda dengan menggunakan daun inai?
1. Ambil beberapa helai daun inai dan kisarkan bersama air.
2. Kisar sehingga daun inai tersebut menjadi pes.
3. Lulurkan pes tersebut di atas kulit kepala dan rambut anda.
4. Perapkan menggunakan tuala kering.
5. Biarkan dalam lebih kurang 15 minit hingga 30 minit. Bilas sehingga bersih.
6. Anda boleh amalkan 2 kali untuk seminggu untuk menggalakkan penumbuhan rambut anda.

Selamat mencuba. Semoga rambut anda tumbuh dengan sihatnya.
Petua Melebatkan Rambut Secara Tradisional
4/
5
Oleh
Unknown