Sekiranya botol susu tersebut tidak dicuci dan dibasuh sehingga sempurna dan bersih, bakteria yang tertinggal di celah-celah botol susu tersebut akan membiak. Secara tidak langsung, bakteria tersebut akan menyebabkan beberapa penyakit menyerang anak anda. Antara penyakit tersebut ialah sakit perut atau gastroenteritis.
Cara Cuci Dan Basuh Botol Susu Dengan Betul
Di sini penulis ingin kongsikan bagaimanakah cara untuk mencuci dan membasuh botol susu anak kecil anda dengan betul.
- Air sabun panas � Basuh botol susu (semua botol susu, puting susu, penutup, gegelang penahan dan cakera) dengan menggunakan air sabun panas. Basuh botol susu anak anda dengan sempurna dan bersih supaya kesan susu tersebut dapat ditanggalkan. Lagi bagus sekiranya dapat dilakukan dengan kadar segera selepas anak anda selesai minum susu sebelum kesan susu tersebut kering.
- Kesan susu � Pastikan kesan susu di dalam bekas botol susu tersebut hilang dengan menggunakan berus botol yang sesuai. Jangan lupa untuk membersihkan di celah-celah leher botol susu dan juga puting botol tersebut.
- Garam � Selain daripada itu, anda boleh menggunakan garam untuk membersihkan bahagian puting susu. Dengan cara yang mudah iaitu dengan menggerakkan ke sekeliling puting susu dan memicit dan mengurut hujung puting susu tersebut.
- Bilas � Bilas botol susu (semua botol susu, puting susu, penutup, gegelang penahan dan cakera) dengan menggunakan air yang mengalir.
- Periksa keadaan botol susu � Periksa keadaan botol susu (semua botol susu, puting susu, penutup, gegelang penahan dan cakera) supaya masih di dalam keadaan yang baik. Tidak retak, berlubang dan bocor. Supaya anak anda selesa menggunakan botol susu tersebut.
Sebagai ibu bapa, pastikan botol susu anak anak dibersihkan dengan sempurna dan bersih. Jangan malas untuk membersihkan botol susu anak anda. Selain daripada itu, anda hendaklah rajin untuk mensterilkan botol susu anak anda. Terdapat pelbagai cara untuk proses pensterilan tersebut. Antaranya ialah:
- Pensterilan dengan stim elektrik
- Pensterilan dengan ketuhar gelombang mikro
- Pensterilan dengan cara didihan
- Pensterilan dalam air sejuk
Cara Cuci Dan Basuh Botol Susu Dengan Betul, Mungkin Anda Tersilap
4/
5
Oleh
Unknown