Thursday, 31 March 2016

Cara Untuk Menanam Pokok Jambu Paling Berkesan Tanpa Menggunakan Biji Benih


Sudah pasti ramai antara kita menyukai buah jambu air atau jambu madu ini. Seperti kita ketahui kebanyakkan buah-buah jambu ini akan dibiakkan melalui biji atau secara tampang.

Tetapi tahukah anda pembiakan melalui biji tidak disyorkan kerana menimbulkan masalah ketulenan baka. Biasanya Kaedah tut dan cantuman lebih diutamakan kerana tumbesarannya cepat.

Namun kali ini kami akan berkongsikan kepada anda satu cara lain untuk menanam buah jambu ini yang mudah dan berkesan selain menghasilkan anak benih yang lebih baik.

Bahan-bahan yang perlu adalah

1. Gunting dan pisau yang tajam


2. Span dipotong berbentuk dadu seperti dibawah


3. Tray semaian ( Boleh dibeli atau dibuat sendiri)




4. Baja hidroponik jenis serbuk dan cecair


5. Campuran sekam bakar dan baja cocopeat( Sabut kelapa yang sudah dihancurkan) dengan nisbah 2:1


Berikut adalah langkah-langkah untuk proses semaian.

1. Gunakan gunting untuk mengambil pucuk pokok dan potongan seperti dibawah. Jika pucuk berkenaan diambil dari tempat yang jauh pastikan ia sentiasa lembab dan tidak kering.





2. Isikan air sebanyak 4 liter ke dalam bekas dan masukkan baja hidroponik jenis cecair sebanyak 40cc/4 liter air.


3. Kemudian rendamkan seketika pucuk berkenaan di dalam air.



4. Selepas itu celup hujung pangkal pucuk tadi ke dalam baja hidroponik jenis serbuk dan cucukkan kepada span.



5. Letak pucuk semaian tadi ke dalam bekas semaiaan dengan air baja untuk rendam pucuk tadi dituang ke dalam lubang tray untuk diresap oleh span. Biarkan sehingga tumbuh akar(Pastikan air tidak kering)


6. Biarkan selama beberapa hari hingga akar tumbuh seperti dibawah.



7. Apabila akar sudah tumbuh, anda sudah boleh tanggalkan span tadi, pindahkan benih berkenaan ke dalam pasu kecil yang berisi campuran sekam dan cocopeat. Biarkan selama seminggu. Siram dua kali sehari.




8.  Selepas seminggu anda sudah boleh pindahkan anak pokok tadi ke dalam pasu lebih besar atau polybag.

Tips: Tanah yang terbaik adalah tanah lembab yang diambil dari kedalaman 1 meter.

Gambar 1. Selepas benih dipindahkan
Gamabr 2. Tanaman sedang membasar
Gamabr 3. Anak pokok tumbuh dengan sihat





9. Apabila anak pokok sudah membesar anda bolehlah menanamnya di tempat terbuka. Hasilnya sudah pasti amat menakjubkan kerana cara tanaman yang dikongsikan ini adalah cara tanaman pokok jambu yang paling berkesan untuk menghasilkan benih yang terbaik. -Siakapkeli.my





Petua Menghilangkan Daki Leher Paling Berkesan

Mesti anda geli dengan masalah daki pada badan anda kan? Terutama di kawasan yang celah seperti ketiak, celah paha dan juga belakang leher kan? Kalau orang perempuan yang bertudung tu tak mengapa la juga kan dapat tutup bahagian belakang leher yang berdaki tu dengan mudah, tetapi mesti rimas juga kan pada pandangan mata sendiri apabila melihat sendiri daki yang sukar hilang. Sebenarnya ada petua menghilangkan daki badan paling berkesan untuk daki-daki anda yang degil itu.



Berikut adalah petua menghilangkan daki badan paling berkesan yang seharusnya anda patut cuba, lagipun petua ini tersangatlah murah dan mudah di cuba.


Petua Menghilangkan Daki Badan Paling Berkesan
:

� Gorengkan beras tanpa minyak sehingga keperang-perangan, kemudian beras goreng itu di kisar. Tumbuk hingga hancur 1 inci kunyit hidup. Kemudian gaulkan beras dan kunyit tadi bersama-sama segenggam asam jawa yang telah di bancuh dengan sedikit air. Ramuan ini perlu di perapkan dahulu selama lebih kurang sejam.

� Apabila hendak mandi, gosokkan bahan-bahan tadi ke seluruh badan selama 5 minit. Bahan-bahan ini berupaya untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan juga daki. Kemudian bilas dengan menggunakan air biasa. Petua ini elok jika di amalkan seminggu sekali.

Mudah kan dengan petua menghilangkan daki badan paling berkesan di atas bukan? bahan-bahan yang di perlukan pun mudah sangat di dapati, kan dapur anda pun ada kan? So memang patutlah anda cuba.

Petua Melebatkan Rambut Secara Tradisional


Petua Melebatkan Rambut Secara Tradisional | Ramai yang risau dan gusar sekiranya rambut mereka gugur. Masalah keguguran ini akan dapat dilihat dan dirasai ketika basuh rambut selepas mandi atau pun ketika menyikat rambut.
Bagaimanakah cara untuk melebatkan rambut secara tradisional? Yang penting, cara tersebut sesuai untuk kesihatan dan juga menjimatkan kewangan anda. Walaupun sekarang terdapat banyak produk dan lambakan produk yang dijual di pasaran untuk melebatkan rambut.
Petua Melebatkan Rambut Secara Tradisional
A. Pati Santan � Anda boleh mendapatkan pati santan dari sebiji kelapa. Pati santan merupakan salah satu cara tradisional yang boleh digunakan untuk melebatkan rambut. Sama ada boleh dipraktikkan untuk bayi atau pun orang dewasa. Cara untuk mendapatkan pati santan tersebut sangat mudah.
Cara untuk mendapatkan pati santan :
1. Ambil kelapa parut dari kelapa tua. Parut kelapa.
2. Masukkan sedikit air suam ke dalam parut kelapa. Ramas kelapa parut tersebut.
3. Perah pati santan dari kelapa parut untuk mendapatkan patinya. Buang hampas kelapa parut.
4. Setelah anda mendapat pati tersebut, basahkan rambut anda terlebih dahulu. Selepas itu, lumurkan pati santan tersebut ke keseluruhan kulit kepala dan rambut anda sehingga ke akar umbi rambut anda.
5. Lagi digalakkan dan disaran untuk anda membungkus rambut anda dengan menggunakan tuala kering. Biarkan lebih kurang dalam 30 minit. Kemudian anda boleh membilas rambut anda dengan menggunakan air suam.
B. Daun rambutan � Sekiranya di sekeliling rumah anda ada pokok rambutan, anda boleh menggunakan daun rambutan tersebut untuk melebatkan rambut. Daun rambutan turut mempunyai khasiat untuk melebatkan rambut. Cara untuk menggunakan daun rambutan ini pula ialah:
1. Petik beberapa helai dain rambutan.
2. Masukkan daun rambutan ke dalam bekas yang berisi air. Kemudian ramas-ramaskan daun rambutan tersebut.
3. Gunakan daun ramasan tersebut dan lulurkan di atas kulit kepada dan rambut anda.
4. Biarkan dalam lebih kurang 15 minit hingga 30 minit. Bilas sehingga bersih.
5. Anda boleh amalkan 2 kali untuk seminggu.
C. Lidah buaya � Selain menggunakan pati santan dan daun rambutan, anda boleh menggunakan lidah buaya.
Cara menggunakan lidah buaya untuk melebatkan rambut:
1. Ambil beberapa helai lidah buaya dan potongkan lidah buaya tersebut kepada dua bahagian.
2. Selepas itu, anda perah lidah buaya tersebut untuk mendapatkan gelnya.
3. Sapu rata gel tersebut pada kulit kepala dan rambut anda. Biarkan selama 30 minit.
4. Bilas sehingga bersih.
5. Anda boleh amalkan 2 kali untuk seminggu untuk menggalakkan penumbuhan rambut anda.
D. Daun inai � Ramai yang tahu, daun inai memang mempunyai kegunaannya selain digunakan oleh pengantin ketika majlis perkahwinan. Anda hanya memerlukan beberapa helai sahaja untuk melebatkan rambut anda.
Bagaimana untuk melebatkan rambut anda dengan menggunakan daun inai?
1. Ambil beberapa helai daun inai dan kisarkan bersama air.
2. Kisar sehingga daun inai tersebut menjadi pes.
3. Lulurkan pes tersebut di atas kulit kepala dan rambut anda.
4. Perapkan menggunakan tuala kering.
5. Biarkan dalam lebih kurang 15 minit hingga 30 minit. Bilas sehingga bersih.
6. Anda boleh amalkan 2 kali untuk seminggu untuk menggalakkan penumbuhan rambut anda.
Selamat mencuba. Semoga rambut anda tumbuh dengan sihatnya.

20 Petua Melayu Lama Yang Kian Hilang Ditelan Zaman



1. MENURUNKAN BERAT BADAN

Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.


� Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun. 


2. ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL

Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.


3. TEPUNG UBI PENAWAR RUAM

Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada di lumur.


4. UBATI SAKIT DADA

Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.


5. HILANGKAN URAT DI KAKI

Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi maalah ini, ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.


6. RASA GARAM DALAM MASAKAN

Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.


7. SIMPAN KELAPA PARUT

Masukkan kelapa dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas. Biarkan wap itu masuk ke dalam kelapa.


8. MENGHILANGKAN KEDUT

Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.


9. PENYERI MUKA 

Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.


10. GARAM UBATI SAKIT GIGI

Sakit gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.


11. MULUT BERBAU

Mulut berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi. 


12. IKAN KERING TIDAK BERULAT

Benda-benda busuk selalu dihinggapi lalt termasuk ikan kering. Keadaan ini menyebabkan ia mudah berulat. Untuk mencegahnya, jemurkan ikan di tempat panas, taburkan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar ke atasnya. Cara ini lalat tidak akan hinggap lagi.


13. TUMIT KAKI TIDAK PECAH

Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.


14. KEKALKAN KEPUTIHAN PERIUK

Jika anda masak menggunakan dapur kayu atau arang, tentu anda menghadapi masalah periuk hitam dan sukar dibersihkan. Bagi mengatasi masalah ini, sebelum memasak, sapukan dahulu bahagian luar periuk anda pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap masak, cucilah periuk dengan penggosok. Insya-Allah kotoran dan kesan hitam akan mudah dihilangkan.


15. HILANGKAN DARAH TINGGI

Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak kali, bersabar dan bertawakal.


16. KHASIAT DAUN JAMBU BATU

Kalau anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin dan citir-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya). Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya ditelan. Atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan. Insya-Allah mujarab dan sakit perut anda akan hilang dengan sendirinya.


17. CARA CUCI BARANGAN PERAK

Campurkan perahan air limau dan garam dalam semangkuk air dan cucikan barangan perak anda. Hasilnya ia lebih berkilat.


18. HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIAN

Biasanya selepas anda nemikmati buah durian, mulut atau sendawa anda akan berbau. Dan pada sesetengah orang pula dia akan terasa mual, pening atau mabuk.Untuk mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian tadi dan curahkan sedikit air di dalamnya. Ratakan air itu dan minumnya. Insya-Allah semuanya beres.


19. UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR 

Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat gigi ke atas kulit berkenaan sebaik ianya terkena.


20. MINYAK TANAH HILANGKAN KUTU 

Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan melumurkan sedikit minyak tanah di serata kepala. Kemudian balut kepala dengan kain lembab. Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat pada tuala itu dan kepala anda bebas daripadanya.


Sumber : Koleksi Petua Melayu

Inilah Cara Picit Jerawat Tanpa Tinggalkan Parut, Anda Patut Mencuba



Jerawat adalah masalah kulit yang selalu serang golongan wanita, tambah pula waktu 'datang bulan'. Apa yang paling tak best, mata kalau dah nampak sebiji jerawat pun tangan terus gatal nak picit.

Tapi sayangnya, kalau anda salah teknik picit, jerawat yang muncul akhirnya jadi melecet atau makin teruk. Jadi untuk elak kulit wajah berparut, anda boleh ikut langkah ini...

Langkah Picit Jerawat Tanpa Tinggalkan Parut


1. Cuci tangan dan terus cuci wajah dengan air bersih menggunakan pencuci wajah. Ini bagi menghilangkan semua bakteria dan kuman yang melekat di tangan.

2. Sediakan lilin dan juga jarum.

3. Nyalakan lilin dan panaskan hujung jarum dengan api lilin. Ini untuk memastikan jarum benar-benar bersih.

4. Ambil kapas alkohol dan sapu jerawat dengan kapas ini bagi lebih bersih.

5. Kemudian cucuk perlahan-lahan jerawat dengan jarum bersih.

6. Biarkan jerawat keluar dari kulit.

7. Ambil kapas yang bersih dan bersihkan wajah.

8. Ambil ubat jerawat lalu sapukan di bekas jerawat yang sudah dibersihkan.

9. Cuci wajah dan tepuk-tepuk dengan tuala kering. Siap!


Sangat mudah bukan, wanita? Cara ini akan menghilangkan jerawat dari kulit wajah dan anda boleh tampil lebih yakin. Selamat mencuba!

Tuesday, 29 March 2016

Cara Cuci Dan Basuh Botol Susu Dengan Betul, Mungkin Anda Tersilap

Penggunaan botol susu tidak dapat dielakkan sama ada ibu bagi anak kecil minum susu formula atau susu badan. Ibu atau bapa hendaklah mengambil berat ketika mencuci dan membasuh botol susu anak anda. Takut dikhuatiri masih terdapat sisa kekotoran yang tertinggal di celah-celah botol susu tersebut terutama di puting susu botol tersebut. Ibu bapa hendaklah memastikan botol susu tersebut dicuci dan dibasuh sehingga sempurna, bersih dan tiada kekotoran yang tertinggal.


Sekiranya botol susu tersebut tidak dicuci dan dibasuh sehingga sempurna dan bersih, bakteria yang tertinggal di celah-celah botol susu tersebut akan membiak. Secara tidak langsung, bakteria tersebut akan menyebabkan beberapa penyakit menyerang anak anda. Antara penyakit tersebut ialah sakit perut atau gastroenteritis.
Cara Cuci Dan Basuh Botol Susu Dengan Betul
Di sini penulis ingin kongsikan bagaimanakah cara untuk mencuci dan membasuh botol susu anak kecil anda dengan betul.
  1. Air sabun panas � Basuh botol susu (semua botol susu, puting susu, penutup, gegelang penahan dan cakera) dengan menggunakan air sabun panas. Basuh botol susu anak anda dengan sempurna dan bersih supaya kesan susu tersebut dapat ditanggalkan. Lagi bagus sekiranya dapat dilakukan dengan kadar segera selepas anak anda selesai minum susu sebelum kesan susu tersebut kering.
  2. Kesan susu � Pastikan kesan susu di dalam bekas botol susu tersebut hilang dengan menggunakan berus botol yang sesuai. Jangan lupa untuk membersihkan di celah-celah leher botol susu dan juga puting botol tersebut.
  3. Garam � Selain daripada itu, anda boleh menggunakan garam untuk membersihkan bahagian puting susu. Dengan cara yang mudah iaitu dengan menggerakkan ke sekeliling puting susu dan memicit dan mengurut hujung puting susu tersebut.
  4. Bilas � Bilas botol susu (semua botol susu, puting susu, penutup, gegelang penahan dan cakera) dengan menggunakan air yang mengalir.
  5. Periksa keadaan botol susu � Periksa keadaan botol susu (semua botol susu, puting susu, penutup, gegelang penahan dan cakera) supaya masih di dalam keadaan yang baik. Tidak retak, berlubang dan bocor. Supaya anak anda selesa menggunakan botol susu tersebut.

Sebagai ibu bapa, pastikan botol susu anak anak dibersihkan dengan sempurna dan bersih. Jangan malas untuk membersihkan botol susu anak anda. Selain daripada itu, anda hendaklah rajin untuk mensterilkan botol susu anak anda. Terdapat pelbagai cara untuk proses pensterilan tersebut. Antaranya ialah:
  1. Pensterilan dengan stim elektrik
  2. Pensterilan dengan ketuhar gelombang mikro
  3. Pensterilan dengan cara didihan
  4. Pensterilan dalam air sejuk

Kalau Nak Bayi Cepat Bercakap, Buat 7 Perkara Ini

�Baaa baaa cak! Eh, seronokya kalau bayi cepat bercakap. Tentu comel sangat dengar suaranya. Hmmm� Patut praktis awal-awal ni!�

Tahukah anda, sebenarnya belajar bercakap adalah sebuah proses yang boleh bermula sejak awal kelahiran lagi, iaitu apabila bayi mula meneroka bagaimana bunyi boleh keluar daripada kotak suaranya.

Oleh itu, mari lihat proses perkembangannya dan bagaimana anda boleh memainkan peranan supaya bayi cepat bercakap.


Cara Mudah Mengajar Bayi Cepat Bercakap Mengikut Usia

1. Bayi 0-3 Bulan

Bayi anda perlu selalu mendengar suara anda.

Apabila mendengarnya, bayi akan cuba memimik atau menirunya melalui bunyi-bunyi yang dikeluarkan.

i) Contoh paling senang adalah menyanyi dan bercakap kepadanya, serta membacakan buku cerita sambil menunjukkan pelbagai emosi.

Ini tentu menjadikan keseluruhan proses lebih menarik kerana walaupun bayi tidak memahaminya, bayi berasa gembira apabila anda berkomunikasi dengannya.

ii) Selain itu, cuba biarkan bayi anda berceloteh seorang diri. Tutupkan televisyen atau radio supaya bayi lebih fokus untuk bercakap dan mendengar suaranya!

2. Bayi 3-6 Bulan

Pada umur ini, bayi anda sedang mula memahami bagaimana manusia bercakap antara satu sama lain.

Untuk membantu bayi cepat bercakap, anda bolehlah berkomunikasi dengannya melalui cara berikut:

i) Meniru suara bayi anda
ii) Jika mendapati bayi cuba meniru kata-kata anda, cuba ulangkan perkataan tadi.
iii) Pandang tepat pada matanya. Apabila bayi mula melihat anda dengan fokus, sebut satu perkataan yang mudah dan senyum.

3. Bayi 6-9 Bulan

Antara 6-9 bulan, bayi anda akan bermain-main dengan bunyi yang keluar daripada mulutnya seperti �baba� atau �dada�. Bayi juga sudah bijak menunjukkan emosi sebagai respon apabila mendengar suara anda walaupun tidak memahaminya.

Permainan yang membantu bayi cepat bercakap termasuklah:

i) Permainan �Cak!� atau �Peek-a-boo�. Buatlah bunyi menarik sambil menepuk tangan.
ii) Pilih sebuah anak patung dan katakan sesuatu tentangnya. Contoh, �Cuba pegang �Teddy Bear� ni, lembutnya!�
iii) Biar bayi melihat dirinya dalam cermin dan tanyakan, �Siapa tu?� Jika bayi tidak memberi respon, sebutkan namanya.
iv) Bunyikan permainannya dan sembunyikan. Kemudian tanya �Mana loceng?� Jika tiada jawapan, tunjukkan di mana anda letakkannya.

4. Bayi 9-12 Bulan

Sebenarnya, dalam usia ini bayi sudah mula memahami beberapa perkataan yang mudah dan selalu didengar. Kalau tak percaya, bayi mungkin akan berhenti jika anda mengatakan �Jangan!� atau �Tak boleh!� kepadanya.

Jika seseorang bertanya kepadanya �Mana Mama?� kemungkinan besar bayi akan melihat anda sebagai responnya.

Selain itu, bayi juga akan mengangkat tangan dan melihat ke atas sebagai isyarat dia mahu didukung.
Ajarkan bayi melambai dan katakan �bye-bye� dengan gembira. Ini salah satu cara berkesan membantu bayi cepat bercakap.

5. Bayi 12-15 Bulan

Dalam usia 12-15 bulan, bayi sudah mula menggunakan perkataan yang konsisten untuk objek tertentu.

Kebanyakan bayi sudah boleh mengeluarkan 1-2 perkataan dan memahami 25 perkataan atau lebih.
Apa yang anda boleh lakukan ketika ini adalah:

i) Namakan objek yang biasa dilihat seperti �cawan�, �patung�, �baju� atau �Mama�.
ii) Tunjukkan gambar pada buku. Tanyakan soalan dan beri masa untuk mereka menjawab.
iii) Beri galakan pada jawapan mereka, tidak kira sama ada betul atau salah.
iv) Tambahkan penerangan terhadap sesebuah objek yang dilihat. Contohnya, jika dulu anda berkata �Ini bola�, sekarang tiba masanya untuk anda menambah �Bola ini besar dan bulat�.
v) Berlakon membut bunyi menjadi haiwan kesukaannya. Libatkan alat permainan, buku, atau pasangan anda supaya lebih meriah.

5. Bayi 15-18 Bulan

Dalam usia ini, ayi sudah pandai berkomunikasi dengan lebih kompleks.

Dalam masa yang sama, bayi juga sedang belajar membina dan mengingat pelbagai lagi perkataan.
Jadi, usahakan begini supaya bayi cepat bercakap:

i) Main permainan �tunjuk� anggota. Tanyakan �Mana mata?� �Mana hidung?� dan sebagainya
ii) Apabila bayi cuba berinteraksi dengan anda, sebutkan perbuatannya. �Adik bagi Mama buku. Terima kasih. Adik nak baca buku?�
iii) Menyorok di belakang pintu atau di bawah selimut. Biarkan bayi mencari dan memanggil anda. Buat bunyi untuk merangsangnya pencariannya.

�Masa bermain sendiri� juga penitng untuk anak meneroka kebolehan suaranya.

6. Bayi 18-24 Bulan

Apabila usia hampir mencecah 2 tahun, bayi anda kini mampu mengikut arahan dan menggunakan 2-3 perkataan untuk membentuk ayat pendek, seperti �nak susu�.

Ini yang sesuai dilakukan pada usianya agar lebih petah berbicara:

i) Minta pertolongan daripada mereka melakukan sesuatu yang mudah. Seperti mengambil cawan.
ii) Membaca buku bersama. Tanyakan objek yang dilihat dalam buku.
iii) Bermain �olok-olok� dengan bercakap di telefon atau beri anak patung makan.

7. Bayi 2-3 Tahun

Bayi sepatutnya sudah lebih petah mengucapkan lebih banyak perkataan. Jika dahulu hanya mampu mengangguk atau menggeleng kepala, kini mereka bijak mengatur jawapan dengan perkataan.

Ini perkara yang boleh dibiasakan agar kebolehan bertuturnya menjadi lebih baik:

i) Ajarkan anak menyebut namanya.
ii) Mula mengajarkan bentuk, warna, ABC, atau nombor kepadanya.
iii) Kalau boleh, kurangkan soalan yang boleh dijawab dengan �Ya� atau �Tidak� supaya anak lebih kreatif: �Ini siapa punya �teddy bear�?� �Kenapa adik suka �teddy bear� ni?�
iv) Lawati perpustakaan kerana terdapat pelbagai sumber yang boleh dipilih mengikut kesukaannya. Anak juga dapat belajar untuk bersosial di tempat awam. Semasa membacakan buku, berhenti dan tanyakan apa yang akan berlaku selepas itu.


Jadikannya Aktiviti Menyeronokkan!

Walaupun kita mahukan yang terbaik untuk perkembangan anak, pastikan kita tidak terlalu memaksanya.

Cuba jadikan latihan ini menarik dan menyeronokkan, barulah anak lebih gembira dan bersemangat!

Sumber - SirapLimau

Idea Kreatif Menghias Rumah Dengan Lukisan Tapak Kaki Bayi

Lukisan Tapak Bayi Anda Sebagai Hiasan Rumah | Tiada idea untuk menghias rumah anda? Mungkin anda boleh menggunakan idea yang ringkas ini. Yang penting sekali, sangat menjimatkan wang anda. Bagaimana?

Sekiranya anda memiliki bayi atau anak kecil, boleh mencubanya.




Bahan-bahan:
  1. Kertas
  2. Bingkai Gambar (Frame)
  3. Warna Air
Itu sahaja bahannya. Mudahkan. Bahan yang sentiasa ada di rumah.

Caranya:
  1. Warnakan tapak kaki bayi atau anak kecil anda dengan warna air. Lagi lawa sekiranya anda memilih warna yang ceria.
  2. Tekapkan tapak kaki bayi atau anak kecil anda di atas kertas yang disediakan.
  3. Keringkan terlebih dahulu. Anda boleh menambah sedikit hiasan mengikut kekreatifan anda.
  4. Tadaaaa.. Siap!!


    Tidak mengambil masa yang lama pun kan. Anda boleh meletakkan lukisan tersebut di sudut-sudut yang anda inginkan. Atau pun anda boleh menggantungkan lukisan tersebut.

    Mesti anak anda pun suka. Dalam masa yang sama, meninggalkan memori yang manis untuk anda sekeluarga.

    Friday, 25 March 2016

    Pernah Gunakan Tandas Ketika Dalam Kapal Terbang ? Inilah Apa Yang Kapal Terbang Lakukan Kepada Sisa Kumbahan Manusia



    Sebelum ini mesti ada antara kita yang tertanya-tanya apa yang terjadi kepada sisa buangan manusia yang ditinggalkan dalam bilik air kapal terbang. Kemana ia pergi dan bagaimana ia diuruskan.

    Ada yang buat lawak mengatakan bahawa semua najis itu di lepaskan ke bawah, nasib la penghuni bumi yang tidak bernasib baik itu. Ok, itu tidak lawak. Lame. Sila hentikan lawak ini.

    Zaman teknologi ini kita sering mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dan memastikan kita dapat hidup dengan selesa. Maka inilah apa yang teknologi hari ini lakukan kepada sisa najis kita.

    Boleh tonton video di bawah.

    Sedikit info berkaitan Blue Ice


    Blue Ice dari konteks penerbangan ialah sisa kumbahan yang membeku dan bocor di tengah-tengah penerbangan pesawat. Sisa kumbahan dan cecair penyahinfeksi inilah yang membeku dan membentuk pepejal berwarna biru, warna cecair penyahinfeksi itu sendiri.

    Walaupun kelihatan tidak memberi ancaman bahaya yang besar, namun banyak kes telah dilaporkan sebelum ini yang mengakibatkan kerosakan yang teruk kepada objek yang terkena Blue Ice yang jatuh dari langit ini. Dengan kekuatan yang mampu merosakkan bumbung-bumbung rumah.

    Mungkin inilah lawak yang dimaksudkan sebelum ini.






    Senarai 10 Pekerjaan Paling Bahaya Di Dunia Yang Perlu Anda Baca

    Apakah profession atau kerjaya paling sukar dan merbahaya di dunia? Pernahkah anda terfikir disebalik kemudahan dan keselesaan yang anda dapat harini adalah hasil pengorbanan dan usaha dari mereka yang menggadaikan nyawa demi tugas yang dipertanggungjawabkan?
    Di bawah adalah senarai pekerjaan paling sukar dan mencabar di dunia.

    1. Juruteknik Elektrik


    Salah satu pekerjaan yang mengancam nyawa seseorang itu adalah juruelektrik. Pendedahan kepada kabel dan wayar elektrik adalah suatu yang sangat-sangat merbahaya. Selain kejutan elektrik, banyak kemungkinan lain yang berlaku seperti terjatuh dari ketinggian yang amat tinggi.
    Berlaku kebakaran akibat lintar pintas dan terdedah kepada gas karbon monoksida.

    2. Juruteknik Pemanjat Pencawang atau Menara Telekomunikasi


    Pekerjaan sebagai penyelenggara menara telekomunikasi adalah salah satu pekerjaan paling mencabar di dunia. Di Amerika Syarikat, salah satu peratusan paling tinggi kematian di negara itu adalah berkaitan dengan pekerjaan ini. Mereka terpaksa menggadai nyawa untuk memanjat menara yang ketinggiannya diluar jangkaan.
    Ya, disebalik kemudahan komunikasi yang kita dapat hari ini, ada individu yang bersusah payah dan sanggup risikokan diri demi keselesaan orang lain.

    3. Anggota Bomba


    Bukan sahaja dilatih untuk memadam api kebakaran, malah mereka turut dilatih untuk menyelamat mangsa di dalam keadaan yang begitu ekstrim. Terdedah kepada sebarang kemungkinan seperti disambar api, runtuhan batu dan sebagainya adalah suatu kelaziman bagi seorang anggota bomba.
    Malah ada dikalangan mereka yang terpaksa berada di tempat panas dengan suhu paling tinggi demi menyelamatkan nyawa mangsa.
    Mereka turut terdedah kepada bahaya bahan kimia jika kebakaran yang melibatkan bangunan kilang.

    4. Nelayan@Penangkap Ketam


    Jangan terkejut, pekerjaan sebagai nelayan juga adalah salah satu pekerjaan paling sukar di dunia. Terdedah kepada laut yang bergelora, ribut petir dan kemalangan bot.
    Di Amerika Syarikat, pekerjaan nelayan adalah pekerjaan paling ekstrim di dunia. Mereka yang menjalankan aktiviti menagkap ketam di perairan Alaska seringkali terdedah dengan kematian. Setiap tahun nelayan di negara itu terpaksa bergadai nyawa semata-mata untuk mendapatkan ketam Alaska iaitu �King Crab�.
    Faktor suhu sejuk paling ekstrim dan permukaan laut yang sentiasa bergelora adalah punca kebanyakan nelayan mati sebelum tiba ke darat.

    5. Pembalak


    Pekerjaan sebagai pembalak boleh diklasifikasikan sebagai salah satu pekerjaan paling sukar di dunia. Berdepan dengan sebarang kemungkinan seperti pokok tumbang, serangan binatang buas adalah risiko yang perlu ditanggung.

    6. Pekerja Tapak Pembinaan


    Bekerja di tapak pembinaan samada sebagai buruh atau sebaliknya sememangnya akan berdepan dengan pelbagai risiko.
    Terjatuh dari tempat yang tinggi, terdedah kepada besi cerucuk, dihempap oleh jentera atau konkrit adalah sebahagian risiko yang bakal ditanggung oleh mereka yang bekerja dalam bidang ini.

    7. Pekerja Penyelenggara Bangunan


    Pernahkah anda terfikir bagaimana bangunan yang begitu tinggi sentiasa tersergam indah dan bersih?
    Golongan inilah yang sentiasa bersusah payah untuk menyelenggara dan mencuci tingkap setiap bangunan.
    Sungguhpun ciri-ciri keselamatan amat dititikberatkan, tetapi jika berlaku sebarang kemungkinan, nyawa menjadi taruhan.
    8. Pengawal Keselamatan atau Bodyguard

    Bagi mereka yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di bank, ia bagaikan istilah nyawa di hujung tanduk. Sebarang kemungkinan boleh berlaku seperti rompakan bank.
    Dan lebih menakutkan lagi jika babak berbalas tembakan berlaku antara perompak dan pengawal keselamatan, atau serangan secara tiba-tiba dan yang pasti perompak akan mensasarkan kepada pengawal keselamatan terlebih dahulu.
    Bagi pekerjaan �Bodyguard� pula, walaupun diupah dengan kadar yang tinggi oleh golongan VIP dan berpengaruh, semestinya mereka berfungsi sebagai �perisai� kepada majikan mereka. Selain berdepan dengan segala kemungkinan, mereka turut terpaksa berdepan dengan sejumlah manusia yang fanatik.

    9. Skuad Pemusnah Bom


    Kebolehan mampu bekerja di bawah tekanan, memiliki skill yang tinggi dan sangat terlatih. Misi perlu diselesaikan dengan kebolehan mengenal pasti sesuatu ancaman. Sebarang kemungkinan hingga menyebabkan kecederaan atau kehilangan nyawa adalah suatu yang perlu diterima bagi mereka yang menggalas tugasan ini.

    10. Pekerja Pelantar Minyak


    Dengan gaji yang adakalanya mencecah 5 angka sebulan, bekerja di pelantar minyak sememangnya satu tugas paling ekstrim di dunia.
    Kekuatan fizikal dan mental untuk menghadapi cabaran di tengah-tengah laut adalah suatu kemestian.